Hadis Sahih Bukhari No. 0575 Jilid 2 Topik adalah Solat 575. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat di rumah sambil duduk ketika beliau sakit, dan orang banyak solat di belakangnya sambil berdiri. Lalu beliau memberi isyarat kepada mereka supaya mereka duduk. Ketika telah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu dan apabila dia bangkit, maka bangkit pulalah kamu." |