Hadis Sahih Muslim No. 0570 Jilid 1 Topik adalah Solat 570. Dari Abdullah bin 'Umar r.a.,katanya Rasulullah saw. bersabda: "Waktu Zohor, apabila matahari telah gelincir hingga bayangan seseorang telah sepanjang badannya, iaitu selama belum datang waktu Asar. Waktu Asar, selama cahaya matahari belum menguning. Waktu solat Maghrib, selama belum hilang mega merah. Waktu solat Isya, hingga seperdua malam. Dan waktu Subuh, sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan." |