Hadis Sahih Muslim No. 0569 Jilid 1 Topik adalah Solat 569. Dari Abdullah bin 'Umar r.a. dari Nabi saw., sabdanya: "Waktu Zohor, ialah selama belum datang waktu Asar. Waktu Asar, ialah selama cahaya matahari belum menguning. Waktu Maghrib, ialah selama mega merah belum hilang. Waktu Isyak, hingga seperdua malam. Dan waktu Subuh, hingga terbit matahari." |