Hadis Sahih Bukhari No. 0563 Jilid 2 Topik adalah Solat 563. Dari Ibnu Mas'ud r.a., ketika dia ditanya orang perihal solat Usman di Mina empat rakaat, dia membaca Istirja' kemudian berkata: "Aku solat bersama Nabi saw. di Mina dua rakaat. Kemudian bersama Abu Bakar r.a. dan Umar r.a., dua rakaat (yaitu, ketika keduanya telah menjadi khalifah). Wahai, kiranya aku untung, kerana dua rakaat sama nilainya dengan empat rakaat (di sisi Allah)." |