Hadis Sahih Muslim No. 0561 Jilid 1 Topik adalah Solat 561. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Solat telah diqamatkan. Lalu kami berdiri dan meluruskan saf kami sebelum Rasulullah keluar. Tidak lama sesudah itu barulah beliau datang dan menuju ke tempat beliau solat (tempat imam). Sebelum takbir, agaknya beliau ingat sesuatu, lalu dia berpaling kepada kami seraya berkata: "Tetaplah di tempatmu masing-masing." Lalu beliau pergi. Sementara itu kami sentiasa menunggu hingga beliau keluar. Kiranya beliau mandi, dan air masih menitik dari kepalanya ketika beliau muncul lagi. Kemudian beliau takbir dan mengimami kami solat. " |