Hadis Sahih Muslim No. 0559 Jilid 1 Topik adalah Solat 559. Dari Abdullah bin Abu Qatadah, dari bapanya, katanya: "Ketika kami sedang solat bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba kami mendengar suara hiruk-pikuk. Kemudian Rasulullah saw. bertanya, "Apa yang terjadi? Mengapa hiruk pikuk?" Jawab mereka, "Kami tergesa-gesa hendak solat." Sabda Rasulullah, "Jangan begitu lagi. Apabila kamu pergi solat, berjalanlah dengan tenang. Apa yang kamu dapati dalam solat ikutilah, dan apa yang kamu tertinggal sempurnakanlah kemudian." |