Hadis Sahih Muslim No. 0558 Jilid 1 Topik adalah Solat 558. Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila solat telah diqamatkan orang, janganlah berlari ke tempat solat, tetapi berjalanlah dengan sikap tenang. Solatlah berjemaah seberapa kamu dapati, dan sempurnakanlah bahagian yang ketinggalan (kurang). Kerana apabila kamu pergi sengaja hendak solat, bererti kamu sudah seperti dalam solat." |