Hadis Sahih Muslim No. 0554 Jilid 1 Topik adalah Solat 554. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Biasanya Rasulullah saw. diam seketika sesudah takbir, sebelum membaca Fatihah. Lalu kutanyakan kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah yang anda baca ketika anda diam seketika antara takbir dan membaca Fatihah?" Jawab beliau, "Aku membaca : "Allahumma ba'id baini wa baina khathayaya, kama ba'adta bainal masyriqi wal maghribi. Allahumma naqqini min khathayaya kama yunaqqats tsaubul abyadhu minad danasi. Allahumma aghsilni min khathayaya bits tsalji wal ma-i wal baradi." |