Hadis Sahih Bukhari No. 0553 Jilid 2 Topik adalah Solat 553. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. mengeraskan bacaannya ketika solat khusuf (gerhana bulan). Setelah beliau selesai membaca, beliau mengucapkan takbir, lalu rukuk. Dan apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau mengucapkan: Sami 'allahu liman hamidah. Rabbana wa lakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan orang-orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami! Hanya untuk Mu lah segala pujian)." Kemudian beliau mengulangi bacaan. Dalam solat Kusuf, terdapat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat. " |