Hadis Sahih Bukhari No. 0549 Jilid 2 Topik adalah Solat 549. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa beliau bercerita: "Pada masa Rasulullah saw. terjadi gerhana matahari. kerana itu beliau solat mengimami orang banyak. Nabi saw. berdiri dan lama berdirinya, kemudian rukuk dan lama rukuknya. Kemudian beliau berdiri dan lama berdirinya tapi tidak selama yang pertama. Sesudah itu rukuk dan lama rukuknya tetapi tidak selama rukuknya yang pertama. Kemudian beliau sujud dan lama sujudnya. Sesudah itu beliau perbuat rakaat yang kedua seperti apa yang telah beliau lakukan pada rakaat yang pertama, kemudian selesai. Setelah selesai solat, matahari telah jelas kelihatan. Nabi saw. memberikan khutbah untuk orang banyak. Sesudah memuji dan mengagungkan Allah swt., beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah swt. Keduanya tidak gerhana kerana mati atau lahirnya seseorang. Apabila kamu melihat gerhana, maka mendoalah kepada Allah, bacalah Takbir, solat dan bersedekahlah." Kemudian beliau meneruskan: "Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hambaNya yang berzina, atau ummatNya yang berzina." "Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit tertawa tetapi banyak menangis." |