Hadis Sahih Bukhari No. 0546 Jilid 2 Topik adalah Solat 546. Dari Abu Bakrah r.a., katanya: "Kami berada dekat Rasulullah saw. ketika pada suatu hari terjadi gerhana matahari. Rasulullah saw. berdiri seraya menghela cadarnya sampai masuk masjid. Kami pun masuk pula ke dalam masjid. Beliau solat dengan kami dua rakaat sampai matahari terang kembali. Nabi saw. bersabda: "Terjadinya gerhana matahari dan bulan, bukanlah kerana seseorang meninggal dunia. Maka apabila kamu melihat keduanya, solatlah dan mendoalah hingga segalanya terang kembali." |