Hadis Sahih Bukhari No. 0536 Jilid 2 Topik adalah Solat 536. Anas bin Malik r.a. bercerita, katanya: "Pada suatu hari Jumaat seorang laki-laki masuk ke masjid dari pintu yang berhadapan dengan mimbar, ketika Rasulullah saw. sedang berkhutbah. Orang itu berdiri di hadapan Rasulullah saw. dan berkata: "Ya, Rasulullah! haiwan-haiwan ternak telah binasa dan jalan-jalan terputus. kerana itu mohonlah kepada Allah semoga Dia menurunkan hujan bagi kita." Kata Anas, Rasulullah saw. mengangkat tangan beliau, lalu beliau mendoa: "Allahumma asqina! Allahumma asqina! . Allahumma asqina!" (Wahai Allah! Turunkan lah hujan kepada kami! Wahai, Allah! . Turunkankanlah hujan kepada kami! Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami!). Kata Anas, "Demi Allah! Kami tidak melihat sedikit pun awan di langit, tidak pula ada sebuah rumah pun antara kami dan bukit Sala'." Anas menambahkan, "Tetapi sebentar antaranya, kami lihat awan naik di belakang bukit seperti perisai. Awan itu terus menyebar dan kemudian hujan pun turun." Kata Anas, "Demi Allah! Kami tidak dapat melihat matahari selama enam hari.Hari Jumaat berikutnya, seorang laki-laki masuk pula ke masjid dari pintu yang sama, dan Rasulullah saw. sedang berkhutbah. Laki-laki itu datang menghadap kepada Rasulullah dan berkata: "Ya, Rasulullah! Telah binasa harta benda dan telah putus jalan-jalan. kerana itu mendoalah kepada Allah swt. supaya Dia menghentikan hujan." Kata Anas, Rasulullah mengangkat kedua belah tangan beliau, kemudian mendoa: "Allahumma hawaalainaa wala 'alainaa. Allahumma 'alal aakaami wal jibali wazh zhiraabi wal awdiyati wa manabitisy syaiari. (Wahai, Allah! Turunkanlah kiranya sekitar kami dan jangan di atas kami. Wahai, Allah! Turunkanlah kiranya di bukit-bukit, di gunung-gunung, di belukar dan di tempat-tempat pengambilan air, lembah-lembah dan pokok-pokok kayu)." Kata Anas, "Maka berhentilah hujan, dan kami dapat keluar serta berjalan di bawah sinar matahari." Kata Syuraik, " Aku bertanya kepada Anas, apakah laki-laki itu orang yang dulu juga?" Jawab Anas, "Aku tidak tahu." |