Hadis Sahih Bukhari No. 0531 Jilid 2 Topik adalah Solat 531. Dari Sa'id bin Yasar r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Abdullah bin Umar di jalan menuju Mekah. Ketika aku merasa khuatir Subuh akan datang, aku turun dari kenderaanku lalu aku solat witir, sesudah itu aku susul Abdullah. Tanya Abdullah, "Kemana engkau?" Jawab ku, "Aku khuatir waktu Subuh akan segera datang. Aku turun dari kenderaan, lalu aku solat witir." Kata Abdullah, "Bukankah Rasulullah saw. itu ikutan yang baik?" Jawab ku, "Ya! Demi Allah!" Kata Abdullah, "Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah solat witir di atas kenderaannya." |