Hadis Sahih Muslim No. 0529 Jilid 1 Topik adalah Solat 529. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. mengimami kami solat pada salah satu dua solat petang, mungkin solat Zohor atau solat Asar. Setelah dua rakaat beliau memberi salam, kemudian beliau pergi ke sebatang pohon kurma di arah kiblat masjid, lalu beliau bersandar ke pohon itu, kelihatan seperti orang marah. Di antara jemaah terdapat Abu Bakar dan 'Umar, namun keduanya takut berbicara. Orang-orang yang suka cepat-cepat telah keluar sambil berujar, "Solat dipendekkan." Tiba-tiba Dzulyadain berdiri seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Apakah solat dipendekkan ataukah anda lupa?" Nabi saw. menengok ke kanan dan ke kiri, lalu bersabda: "Betulkah apa yang dikatakan Dzulyadain itu?" Jawab mereka, "Betul, ya Rasulullah! Anda solat hanya dua rakaat." Kerana itu Nabi saw. solat dua rakaat lagi, lalu memberi salam. Sesudah itu beliau takbir, lalu sujud. Kemudian takbir, lalu bangkit. Kemudian takbir, lalu sujud lagi. Sesudah itu takbir, lalu bangkit. " |