Hadis Sahih Muslim No. 0527 Jilid 1 Topik adalah Solat 527. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. solat Zohor lima rakaat. Setelah selesai solat ditanyakan orang kepada beliau, "Apakah rakaat solat bertambah, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Mengapa begitu tanya anda?" Jawab mereka, "Anda solat lima rakaat!" Lalu Nabi saw. sujud dua kali. |