Hadis Sahih Muslim No. 0524 Jilid 1 Topik adalah Solat 524. Dari' Abdullah bin Buhainah, Al Asdi r.a., iaitu kawan yang telah bersumpah setia dengan Bani Abdul Muththalib, katanya: "Rasulullah saw. pernah solat Zohor, di mana beliau langsung berdiri, sedangkan seharusnya duduk (tasyahud awal). Maka ketika solat telah cukup (empat rakaat), beliau sujud dua kali dengan membaca takbir setiap kali sujud, iaitu ketika duduk sebelum salam. Orang banyak ikut pula sujud bersama-sama dengan beliau, iaitu pengganti tasyahud awal yang terlupa." |