Hadis Sahih Muslim No. 0523 Jilid 1 Topik adalah Solat 523. Dari 'Abdullah bin Buhainah r.a., katanya : "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengimami kami solat. Setelah dua rakaat, beliau langsung berdiri tanpa duduk (tasyahud awal), dan jemaah yang banyak turut pula berdiri mengikuti beliau. Tatkala solat telah selesai, dan kami sedang menunggu.menunggu beliau mengucapkan salam, ternyata beliau takbir, lalu sujud dua kali ketika duduk sebelum salam; setelah itu barulah beliau memberi salam." |