Hadis Sahih Bukhari No. 0522 Jilid 1 Topik adalah Solat 522, Dari Hafshah binti Sirin r.a., katanya: "Kami melarang gadis-gadis kami pergi solat 'Id. Kebetulan datang seorang wanita yang tinggal di rumah Bani Khalaf. Aku datang bertanya kepadanya. Diceritakannya bahawa suami saudara perempuannya ikut berperang bersama Nabi saw. dalam dua belas kali peperangan. Sedang isterinya ikut pula bersama-sama dengan dia dalam enam kali peperangan. Katanya menambahkan, "Kami (para wanita yang ikut ke medan perang) merawat dan mengubati orang-orang sakit dan luka-luka. Pernah kami menanyakan kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Bolehkah kami tidak pergi ke solat 'Id, kerana kami tidak mempunyai baju dalam?" Jawab Nabi saw., "Hendaknya kawanmu meminjamkan bajunya, dan hadirilah hari-hari baik dan panggilan orang-orang yang beriman." |