Hadis Sahih Bukhari No. 0514 Jilid 1 Topik adalah Solat 514, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, katanya: "Rasulullah saw. pergi ke tempat solat pada hari raya idul fitri dan hari raya idul adha. Mula-mula beliau solat 'Id. Sesudah solat beliau menghadap kepada orang banyak dan mereka masih duduk dalam saf masing-masing. Nabi berkhutbah memberikan pengajaran dan pimpinan, serta memberikan perintah-perintah kepada mereka. Jika Nabi hendak mengirim pasukan tentera, maka dibentuknya lah ketika itu, dan kalau Nabi hendak memberikan perintah, diperintahkannya lah ketika itu. Sesudah itu barulah beliau pergi." |