Hadis Sahih Muslim No. 0512 Jilid 1 Topik adalah Solat 512. Dari Ibnu 'Atiq r.a., katanya "Pada suatu ketika aku bercakap-cakap dengan Qasim. Dia seorang yang lahan (kurang tersusun tutur katanya) dan ia anak satu-satunya bagi ibunya. 'Aisyah bertanya kepadanya, "Mengapa kamu tidak dapat bicara seperti anak saudara ku ini? Aku tahu sebabnya. Ini dididik oleh ibunya dan kamu dididik oleh ibumu." Qasim marah dan jengkel kepada 'Aisyah. Tatkala dilihatnya 'Aisyah menghidangkan makanan, dia pergi. Maka kata 'Aisyah, "Hendak ke mana kamu?" Jawab Qasim, "Aku hendak pergi solat." Kata 'Aisyah, "Duduklah dahulu!" Jawab Qasim, "Aku hendak pergi solat." Kata 'Aisyah, "Duduklah dahulu! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak sempurna solat seseorang apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil." |