Hadis Sahih Bukhari No. 0509 Jilid 1 Topik adalah Solat 509, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah datang kepada ku, dan ketika itu di dekat ku ada dua orang anak perempuan sedang menyanyikan lagu peperangan Buats. Beliau berbaring di atas tikar dan memalingkan mukanya ke tempat lain. Kemudian datang Abu Bakar, lalu dia memarahi ku dan berkata: "Seruling syaitan dekat Nabi saw." Nabi saw. melihat kepada Abu Bakar dan berkata: "Biarkanlah mereka!" Setelah Nabi lengah, ku cubit kedua anak perempuan itu dan keduanya terus pergi. Hari itu adalah hari raya, di mana orang Sudan bermain pedang dan perisai. Entah aku yang meminta atau barangkali, Nabi sendiri yang mengatakan kepada ku, katanya, "Apakah engkau ingin melihat?" Jawab ku, "Ya!" Aku disuruhnya berdiri di belakangnya dan pipi ku dekat dengan pipi beliau, Dia berkata, "Lagi! Lagi! Bani Arfidah!" Akhirnya aku bosan melihat. "Sudah cukup?" tanya beliau. "Cukup!" jawab ku. "Nah! Pergilah!" katanya. |