Hadis Sahih Bukhari No. 0508 Jilid 1 Topik adalah Solat 508, Diceritakan dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat Subuh ketika pagi masih gelap. Kemudian beliau menaiki kenderaan beliau dan berkata: "Allahu Akbar! Khaibar jatuh. Bila kami telah masuk ke daerah lawan, maka amat siallah bagi mereka sesudah mereka diberi ancaman." Penduduknya keluar dan berjalan di jalan-jalan. Mereka berkata: "Muhammad dan tentara!" Rasulullah dapat mengalahkan mereka, membunuh orang-orang yang melawan, serta menawan para wanita dan anak-anak. Shafiyah dapat ditawan oleh Dihyah Al Kalbi, lalu diserahkannya kepada Rasulullah saw. Kemudian tawanan ini dikahwini oleh Rasulullah, dengan mahar, memerdekakannya dari perbudakan." |