Hadis Sahih Bukhari No. 0507 Jilid 1 Topik adalah Solat 507, Berita dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu hari ketika perang Khandaq, Umar datang mencaci maki kafir Quraisy, dan berkata: "Ya, Rasulullah! Saya belum solat Asar. Sedangkan matahari telah hampir terbenam." Jawab Nabi, "Demi Allah! Aku juga belum solat." Lalu beliau pergi ke Buthan, mengambil wuduk dan solat Asar ketika matahari telah terbenam. Sesudah itu beliau langsung solat Maghrib." |