Hadis Sahih Bukhari No. 0506 Jilid 1 Topik adalah Solat 506, Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. memimpin solat takut, dan orang banyak berdiri di belakang beliau. Nabi membaca takbir (Allahu Akbar), orang banyak pun takbir pula. Kemudian Nabi rukuk, maka sebahagian mereka rukuk pula. Kemudian sujud, lalu sebahagian yang tadi sujud pula. Sesudah itu Nabi berdiri untuk rakaat yang kedua, maka berdiri pula makmum yang telah sujud tadi, dan mereka mengawal bahagian yang belum rukuk dan belum sujud. Bahagian yang kedua ini mendekat, lalu mereka rukuk dan sujud bersama Nabi. Mereka semua sedang solat, tetapi mereka saling mengawal pula sesama temannya." |