Hadis Sahih Bukhari No. 0505 Jilid 1 Topik adalah Solat 505, Abdullah bin Umar r.a. bercerita: "Aku ikut berperang bersama Rasulullah saw. di Nejd. Tiba-tiba kami berhadapan dengan musuh dan kami segera mengatur barisan. Kemudian Rasulullah saw. berdiri hendak solat dan menjadi imam bagi kami, sebahagian kami solat bersama sama dengan Nabi saw., dan sebahagian lagi menghadapi musuh. Kemudian Rasulullah saw. rukuk bersama sebahagian makmum, dan beliau sujud dua kali. Sesudah itu mereka pindah ke tempat orang yang belum solat. Orang-orang yang belum solat ini segera pergi ke tempat Nabi, rukuk dan sujud dua kali bersama beliau. Sesudah itu Nabi memberi salam. Sedangkan makmum berdiri menyempurnakan solatnya masing-masing, rukuk dan sujud dua kali, dilakukan sendiri-sendiri. |