Hadis Sahih Bukhari No. 0504 Jilid 1 Topik adalah Solat 504, Diberitakan dari Sahl r.a., katanya: "Ada seorang wanita menanam saldari di tepi parit kebunnya. Bila hari Jumaat dicabutnya batang saldari itu dan direbusnya dalam periuk serta dicampurnya dengan segenggam tepung gandum. Maka batang saldari itu merupakan daging. Apabila kami kembali dari solat Jumaat, kami datang mengucapkan salam kepadanya, lalu dihidangkannya makanan tadi kepada kami dan kami mengambilnya dengan sendok. Kami ingin supaya hari Jumaat cepat datang, kerana hidangan wanita itu." |