Hadis Sahih Muslim No. 0503 Jilid 1 Topik adalah Solat 503. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melihat kahak di kiblat masjid. Lalu beliau menghadap kepada orang ramai seraya bersabda: "Bagaimana pendapat kamu semua, jika seseorang sedang solat menghadapi Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka meludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, meludahlah ke sapu tanganmu." |