Hadis Sahih Muslim No. 0498 Jilid 1 Topik adalah Solat 498. Dari Abu Hazim r.a., katanya: "Sekelompok orang datang kepada Sahal bin Sa'ad, kerana mereka bertengkar mengenai mimbar Rasulullah saw. terbuat dari kayu apakah mimbar itu? Jawab Sahal, "Demi Allah! Aku tahu betul dari kayu apa mimbar itu dibuat, siapa yang membuatnya, bahkan aku melihat Rasulullah saw. duduk di situ pada hari pertama mimbar itu selesai dibuat. Kata Abu Hazim, "Hai Abu 'Abbas (Sahal)! Ceritakanlah kepada kami!" Lalu diceritakan oleh Sahal. Pada suatu hari Rasulullah saw. menyuruh panggil seorang perempuan lalu beliau bersabda kepadanya: "Suruhlah anakmu yang tukang kayu itu membuatkan sebuah mimbar kayu untuk tempat ku berpidato kepada orang ramai. Maka dibuatnya lah mimbar yang beranak tangga tiga tingkat ini. Kemudian Rasulullah memerintahkan supaya meletakkan mimbar itu di tempat ini. Mimbar itu terbuat dari kayu hutan. Aku melihat Rasulullah saw. solat di atas mimbar itu. Mula-mula beliau takbir, dan orang ramai takbir pula di belakangnya, sedangkan beliau masih di atas mimbar. Kemudian beliau bangkit dari rukuk, lalu turun sambil mundur sehingga beliau sujud di kaki mimbar. Kemudian dia kembali pula ke atas mimbar hingga selesai solat. Sesudah itu beliau menghadap kepada orang ramai lalu bersabda: "Aku lakukan ini, supaya anda semua mengikuti ku, dan supaya anda tahu bagaimana caranya aku solat. " |