Hadis Sahih Bukhari No. 0497 Jilid 1 Topik adalah Solat 497, Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., .katanya: "Nabi saw. naik ke mimbar dan itulah majlis terakhir yang dihadiri beliau. Beliau ketika itu berselimut tebal dikedua bahunya, dan memakai ikat kepala dengan kain warna abu-abu. Mula-mula beliau memuji dan menyanjung Allah swt. Setelah itu beliau berkata: "Tuan-tuan! Dekat-dekatlah kemari! Maka berkumpullah orang banyak ke dekat beliau. Kemudian sabda beliau: "Amma ba'du (adapun sesudah itu), sekarang kemajuan kaum Ansar mulai menyusut, sedang golongan lain semakin berkembang. Kerana itu siapa saja yang memerintah umat Muhammad ini, dan kerana itu dia boleh mencelakakan seseorang atau berbuat kebaikan padanya, maka hendaklah menerima kebaikan orang yang berbuat baik dan memaafkan orang yang bersalah." |