Hadis Sahih Muslim No. 0496 Jilid 1 Topik adalah Solat 496. Dari Abu Darda' r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw. sedang solat, kami mendengar beliau membaca: "A'udzu billahi minka" (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu). Kemudian beliau membaca pula: "Al'anuka bila'natillah" (tiga kali) (Aku kutuk engkau dengan kutukan Allah) sambil beliau menjangkaukan tangannya seperti orang hendak menerima sesuatu. Ketika telah selesai solat kami bertanya, "Ya, Rasulullah! Tadi dalam solat kami mendengar anda membaca sesuatu yang belum pernah kami dengar anda baca sebelumnya, dan kami lihat anda menjangkaukan tangan anda." Jawab Rasulullah saw., "Tadi musuh Allah iblis datang membawa obor menyala hendak dilemparkannya ke muka ku. Lalu kubaca: ''A'udzu billahi minka." (tiga kali) (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu) (3 X). Kemudian ku baca pula: "Al'anuka bila'natillahit tammah falam yasta'khir" (tiga kali) (Ku kutuk engkau dengan kutukan Allah yang sungguh-sungguh, sehingga engkau celaka seketika) (3 X). Sesudah itu aku bermaksud hendak mengikatnya. Demi Allah, kalaulah bukan kerana doa saudara kami Sulaiman, tentu dia akan terikat sampai Subuh sehingga anak-anak penduduk di sini dapat mempermain-mainkannya." |