Hadis Sahih Bukhari No. 0495 Jilid 1 Topik adalah Solat 495, Umar bin Taghlib r.a. mengkhabarkan, bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw. dibawakan orang kepadanya harta (rampasan-perang) dan tawanan. Lalu Rasulullah membahagi-bahagi harta itu; setengah orang diberinya dan yang lain tidak diberinya. Kemudian sampai kepada Nabi sendiri, bahawa orang-orang yang tidak diberi beliau bersungut-sungut. Lalu beliau berpidato. Mula-mula beliau memuji dan menyanjung Allah swt. Kemudian beliau bersabda: "Amma ba'du, demi Allah! Memang, ada orang yang ku beri dan ada pula yang tidak. Orang-orang yang tidak ku beri itu lebih ku sukai daripada orang-orang yang ku beri. Aku memberi beberapa orang, kerana ku ketahui dalam hatinya ada kekesalan dan kekecewaan. Dan orang-orang lain (yang tidak ku beri), aku percaya pada kekayaan batin dan kebaikan yang telah ditanamkan Allah di dalam hatinya." Di antara yang hadir ketika itu terdapat Amr bin Taghlib. "Demi Allah" kata Amr, "Kalimat-kalimat yang disabdakan Rasulullah itu lebih berharga bagi ku daripada beroleh binatang ternak." |