Hadis Sahih Muslim No. 0489 Jilid 1 Topik adalah Solat 489. Dari Mush'ab bin Sa'ad r.a., katanya: "Aku solat di samping bapaku, dan ku letakkan kedua tangan ku antara kedua lutut ku. Lalu kata bapaku, "Letakkan kedua tanganmu di atas kedua lutut. Tetapi pada kali yang lain ku lakukan pula seperti semula. Maka dipukulnya tangan ku sambil berkata, "Kami dilarang Rasulullah seperti ini, dan disuruhnya meletakkan tapak tangan di atas lutut." |