Hadis Sahih Muslim No. 0487 Jilid 1 Topik adalah Solat 487. Dari Al Aswad dan 'Alqamah r.a., keduanya bercerita: "Kami mendatangi 'Abdullah bin Mas'ud di rumahnya. Lalu dia bertanya, "Apakah mereka itu solat di belakangmu?" Jawab kami, "Tidak." Katanya "Bangunlah, mari solat. Dia tidak menyuruh kami azan dan qamat. Lalu kami berdiri di belakangnya, Kemudian ditariknya tangan kami, lalu masing-masing kami ditempatkannya di sebelah kanan dan kirinya. Ketika rukuk, kami meletakkan tangan kami di lutut, tetapi Abdullah memukulnya. Dia mempertemukan kedua tapak tangannya lalu memasukkannya ke antara dua pahanya. Tatkala telah selesai solat dan mengundur-ngundur waktu hingga hampir habis. Apabila kamu lihat hal itu betul-betul telah terjadi, maka solatlah kamu sendirian pada awal waktu, kemudian solat pulalah berjemaah bersama-sama dengan mereka untuk mengambil sunat (menjaga fitnah). Apabila kamu bertiga, solatlah bersama-sama, dan apabila kamu lebih banyak, angkatlah salah seorang menjadi imam. Apabila kamu rukuk, letakkan kedua lenganmu di atas kedua paha sambil membungkuk. Dan pertemukan kedua tapak tanganmu. Aku seperti masih melihat Rasulullah saw. mempersilangkan anak-anak jari beliau. Lalu Abdullah memperagakannya kepada mereka." |