Hadis Sahih Muslim No. 0486 Jilid 1 Topik adalah Solat 486. Dari Muhammad bin Labid r.a., katanya 'Usman bin 'Affan bermaksud hendak merombak masjid, tetapi dicegah oleh orang ramai. Mereka lebih suka membiarkan masjid itu sebagaimana adanya. Maka berkata 'Usman bin 'Affan, bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang membangun masjid kerana Allah, maka Allah membuatkan pula baginya (rumah yang mulia) di syurga seperti masjid itu." |