Hadis Sahih Muslim No. 0484 Jilid 1 Topik adalah Solat 484. Dari Jundab r.a., "Lima hari sebelum Rasulullah saw. meninggal, aku mendengar beliau bersabda: Aku tidak hendak mengambil salah seorang kamu menjadi sahabat karib ku, kerana Allah telah mengambil ku jadi sahabat seperti Ibrahim. Kalaulah aku dibolehkan mengambil sahabat karib di antara umat ku, tentu ku ambil Abu Bakar. Ketahuilah! Sesungguhnya umat yang sebelum kamu, mengambil kuburan para Nabi dan orang-orang soleh mereka jadi masjid. Kerana itu, sekali-kali jangan kamu ambil kuburan menjadi masjid. Aku sungguh melarang kamu berbuat demikian." |