Hadis Sahih Muslim No. 0480 Jilid 1 Topik adalah Solat 480. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw. solat menghadap ke arah Baitul Maqdis, tiba-tiba turun ayat : "Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka kerana itu Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram" (AI Baqarah : 144). Setelah itu ada seorang lelaki lalu di perkampungan Bani Salamah. Didapatinya mereka sedang rukuk solat Subuh rakaat pertama. Lalu dia berkata, "Ketahuilah, sesungguhnya kiblat telah diubah. Kerana itu mereka berputar merubah kiblat mereka ke arah kiblat yang baru itu." |