Hadis Sahih Muslim No. 0479 Jilid 1 Topik adalah Solat 479. Dari Ibnu Umar r.a., katanya : "Pada suatu pagi, ketika orang ramai sedang solat Subuh di Quba', tiba-tiba datang seseorang lalu dia berkata: "Sesungguhnya tadi malam telah turun kepada Rasulullah saw. ayat yang memerintahkan supaya solat menghadap ke Kaabah. Kerana itu menghadap pulalah kamu ke sana!" Ketika itu mereka sedang menghadap ke Syam, lalu mereka berputar dan menghadap ke Kaabah." |