Hadis Sahih Muslim No. 0477 Jilid 1 Topik adalah Solat 477. Dari Al Barra' bin 'Azib r.a., katanya: "Aku solat bersama-sama Nabi saw. menghadap ke arah Baitul Maqdis selama enam belas bulan. Iaitu sehingga turun sebuah ayat dalam surat Al Baqarah: " dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya" (Al Baqarah : 144) Sesudah ayat itu turun, iaitu ketika Nabi saw. selesai solat, ada searang lelaki anggota jemaah berpergian melalui sekelompok orang Ansar sedang solat. Lalu dikhabarkannya kepada mereka mengenai turunnya ayat tersebut. Kerana itu, serta merta mereka memalingkan muka mereka ke arah Bait (Kaabah)." |