Hadis Sahih Bukhari No. 0477 Jilid 1 Topik adalah Solat 477, Berita dari Abdullah bin Umar r.a menceritakan, bahawa Umar bin Khattab melihat sepasang pakaian sutera dekat pintu masjid. Kata Umar, "Ya, Rasulullah! Agaknya baik Tuan beli pakaian ini untuk Tuan pakai hari Jumaat, atau untuk menerima duta-duta asing yang menghadap kepada Tuan." Jawab Rasulullah saw., "Yang memakai pakaian ini, hanyalah orang-orang yang tidak mendapat bahagian di akhirat nanti." Kemudian diberikan orang kepada Rasulullah beberapa pasang pakaian sutera, lalu diberikannya sepasang kepada Umar bin Khattab. Oleh kerana itu Umar bin Khattab berkata, "Ya, Rasulullah! Mengapa Tuan berikan pakaian ini kepadaku? Bukankah Tuan pernah mengatakan kepada ku perihal baju sutera si 'Utharid? Jawab Nabi, "Aku berikan pakaian itu kepada mu, bukanlah untuk kau pakai sendiri." Oleh Umar bin Khattab, pakaian itu diberikannya kepada saudaranya yang masih musyrik di Mekkah." |