Hadis Sahih Bukhari No. 0475 Jilid 1 Topik adalah Solat 475, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda: "Siapa yang mandi hari Jumaat seperti mandi jinabah, kemudian dia pergi ke Jumaat (sebagai orang yang pertama-tama datang), sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan siapa yang datang nombor dua, sama halnya seperti orang berkorban seekor lembu betina, siapa yang datang nombor tiga, sama halnya seperti orang berkorban seekor biri-biri yang bertanduk; siapa yang datang nombor empat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan siapa yang datang nombor lima, sama halnya dengan orang yang berkorban sebutir telur. Apabila imam telah naik mimbar, maka para malaikat yang hadir ikut pula mendengarkan khutbah." |