Hadis Sahih Muslim No. 0471 Jilid 1 Topik adalah Solat 471. Dari Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku dikurniai Allah lima macam kurnia yang belum pernah dikurniakan-Nya kepada siapa pun sebelumku: (1) Setiap Nabi selainku, di utus khusus kepada kaumnya masing-masing. Sedangkan aku diutus kepada seluruh bangsa, baik yang berwarna merah maupun yang hitam. (3) Bagiku bumi suci bersih dan menjadi tempat sujud. Kerana itu di mana saja seseorang berada dan waktu solat telah tiba, dia boleh solat di situ. (4) Aku dimenangkan Allah dengan perasaan gentar di hati musuh-musuhku yang berada sejauh sebulan perjalanan di hadapanku. (5) Aku diberi hak oleh Allah memberi syafa'at (pembelaan terhadap umat ku kelak di hari kiamat)." |