Hadis Sahih Bukhari No. 0470 Jilid 1 Topik adalah Solat 470, Diceritakan oleh Abu Qatadah r.a., dari bapanya, sabda Rasulullah saw. katanya: "Aku berdiri hendak solat. Aku bermaksud hendak membaca surah yang panjang-panjang dalam solat itu. Tetapi tiba-tiba ku dengar tangis anak-anak. Maka ku singkatkan saja bacaan ayat dalam solat itu, kerana aku tak suka menyusahkan ibu si anak itu." |