Hadis Sahih Bukhari No. 0465 Jilid 1 Topik adalah Solat 465, Diceritakan oleh 'Uqbah r.a., katanya: "Aku solat Asar di Madinah di belakang Nabi saw. Setelah memberi salam, beliau cepat berdiri sehingga melangkahi duduk orang menuju ke bilik salah seorang isteri beliau. Jemaah agak terkejut melihat Nabi begitu cepat berdiri. Kemudian beliau kembali dan dilihatnya orang banyak agak hairan melihat beliau tergesa-gesa. Lalu beliau bersabda, "Aku teringat ada sedikit emas di tangan kami. Aku tak suka terganggu kerananya, kerana itu ku suruh bahagi-bahagikan emas itu." |