Hadis Sahih Bukhari No. 0463 Jilid 1 Topik adalah Solat 463, Berita dari Zaid bin Khalid al Juhaini r.a. mengatakan, bahawa dia bercerita: "Pada suatu kali Rasulullah saw. menjadi imam Subuh bagi kami di Hudaibiyah. Sedangkan tadi malam habis hujan. Setelah selesai solat, beliau menghadap kepada kami dan bersabda: "Tahukah Tuan-tuan, apa yang telah difirmankan Allah?" Jawab mereka, "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Kata Nabi, "Allah berfirman, pagi ini ada di antara hambaKu yang beriman kepadaKu dan ada pula yang kafir. Siapa yang mengatakan, hari hujan kerana rahmat dan kurnia Allah, maka itulah orang yang iman kepadaKu, dan kafir kepada bintang. Tetapi siapa yang mengatakan, hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu timbul, maka itulah orang yang kafir kepadaKu dan iman kepada bintang-bintang." |