Hadis Sahih Bukhari No. 0461 Jilid 1 Topik adalah Solat 461, Dari Warid r.a., setiausaha Mughirah bin Syu'bah, katanya: "Di imlakan kepada ku oleh Mughirah bin Syuabah sebuah surat kepada Muawiyah. bunyinya: "Biasanya Nabi saw. setiap selesai solat fardu, beliau membaca: Laa ilaaha illallaahu wahdahu syarika1ahu lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. (Tidak ada Tuhan yang patut disembah, melainkan hanya Allah satu-satunya. Tidak ada sekutu bagiNya, kepunyaanNya lah seluruh kerajaan dan pujian, dan Dia berkuasa di atas segala-galanya). Allahumma laa maani'a limaa a'thaita, wa laa mu'thiya limaa mana 'ta, wa laa yanfa'u dzal jaddi minkal jaddu." (Wahai, Allah! Tidak ada yang sanggup menghalangi pemberianMu. Dan tidak ada pula yang sanggup memberikan apa yang Engkau larang. Tidak ada manfaatnya di hadapanMu kekayaan orang kaya) |