Hadis Sahih Muslim No. 0460 Jilid 1 Topik adalah Solat 460. Dari 'Abdullah bin Shamit r.a., dari Abu Dzar, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu hendak solat, sebaiknyalah kamu membuat semacam pancang di hadapanmu yang dapat menutup-nutupi kamu sedang solat. Jika tutupan itu tidak ada di hadapanmu, dikhuatirkan solat mu akan putus oleh himar, atau oleh wanita dan anjing hitam (yang lalu di hadapan mu)." Aku bertanya, "Hai, Abu Dzar! Apakah bezanya anjing hitam dengan anjing merah atau anjing kuning?" Jawabnya, "Aku pernah pula menanyakan hal itu kepada Rasulullah saw., maka jawab beliau, anjing hitam itu syaitan." |