Hadis Sahih Muslim No. 0454 Jilid 1 Topik adalah Solat 454. Dari Abu Juhaifah, dari bapanya, katanya: "Aku mendatangi Nabi saw. di Mekah, ketika itu beliau berada di Abthah, dalam jubah merah terbuat dari kulit. Tiba-tiba Bilal datang membawakan air wuduk untuk beliau. Dari sisa air itu ada orang yang mendapatkannya dan ada pula yang hanya mendapat percikannya saja. Kemudian Nabi saw. keluar memakai pakaian merah. Seolah-olah masih kelihatan olehku bagaimana putihnya betis Nabi. Ketika Nabi saw. wuduk, Bilal azan. Aku mengikuti gerak-gerik mulut Bilal berseru ke kanan dan ke kiri mengucapkan "Hayya 'alash shalah, hayya 'alal falah". Kemudian, Bilal memasakkan sebuah tongkat berujung besi, lalu Nabi saw. maju ke depan mengimami solat qasar Zohor dan Asar, masing-masing dua rakaat. Ketika Nabi sedang solat, keldai dan anjing lewat di balik tongkat itu, tetapi Nabi saw. tidak mencegahnya. Selama dalam perjalanan itu Nabi sentiasa solat qasar dua-dua rakaat hingga tiba kembali di Madinah." |