Hadis Sahih Bukhari No. 0453 Jilid 1 Topik adalah Solat 453, Diceritakan oleh Abdullah bin Buhainah r.a. (dia berasal dari Bani Azdi Syanuah, sahabat - dalam suatu perjanjian, persahabatan - dengan Bani Abdu Manaf dan juga salah seorang sahabat Nabi saw.), dia mengkhabarkan bahawasanya Nabi saw. pernah solat Zohor dengan orang banyak. Setelah rakaat kedua beliau terus saja berdiri tanpa duduk tasyahud pertama, dan orang banyak pun berdiri pula. Setelah solat hampir selesai, dan sedang menanti-nanti Nabi hendak memberi salam, tiba-tiba beliau takbir, padahal ia sedang duduk. Kemudian sujud dua kali dan setelah itu barulah beliau memberi salam. |