Hadis Sahih Bukhari No. 0452 Jilid 1 Topik adalah Solat 452, Diceritakan oleh Muhammad bin Amr bin 'Atha' r.a., bahawasanya dia pernah duduk bersama beberapa orang sahabat Nabi saw., membicarakan darihal solat Nabi. Abu Humaid Saidi mengatakan, "Saya yang paling ingat di antara kamu akan solat Rasulullah Saw. Ketika takbir, ku lihat beliau mengangkat kedua belah tangannya sampai setentang dengan bidang kedua bahunya. Ketika rukuk, diletakkannya kedua tapak tangannya di atas lututnya, dan diratakannya punggungnya. Apabila beliau telah mengangkat kepala (bangkit) dari rukuk, beliau berdiri tegak, lurus, sehingga tulang punggung beliau kembali tegak lurus seperti biasa. Ketika sujud, diletakkannya kedua tapak tangannya (ke bumi), tetapi lengannya tidak diletakkan dan tidak pula dirapatkannya ke rusuk, dan ujung jari kakinya dihadapkannya ke kiblat. Apabila beliau duduk sesudah dua rakaat, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada rakaat yang akhir, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Duduk pada rakaat yang akhir, beliau mengulurkan tapak kakinya yang kiri ke sebelah kanan dan ditegakkannya tapak kakinya yang (kanan) dan beliau duduk di punggungnya. |