Hadis Sahih Muslim No. 0448 Jilid 1 Topik adalah Solat 448. Dari Maimunah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Apabila Rasulullah saw. sujud, direnggangkannya kedua sikunya dari rusuk, sehingga kelihatan putih ketiaknya. Dan apabila beliau duduk antara dua sujud dan pada tasyahud awal, beliau duduk tenang di atas pahanya yang kiri." |